THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, April 22, 2012

injured

pada hari rabu yg lalu,MMFT telah menerima tawaran untuk bermain bola bersama team yg bole dikatakan agak veteran jgak laa.permainan itu bole dikatakan agak seimbang kerana pasukan veteran mempunyai ball control yg agak baikjika nak dbandingkan dgn MMFT.MMFT pula mempunyai kelebihan dari segi permainan dan tempo yg agak laju.perlawanan itu telah dimenangi oleh pasukan MMFT dengan 7 gol berbalas 2.gol2 MMFT telah dijaringkan oleh Zahid(3),Sir Afif(1), Fudhail(1),Nushi(1),Amin(1)..

Pada separuh masa kedua,lebih kurg tggal 20 minit masa permainan,aku telah diminta masuk untuk menggantikan seorang pemain yg keletihan,kerana prtukaran itu tidak dijangka,aku x dan nak warm up.Aku masuk main dan hanya berharap kakiku x kramp semasa perlawanan berlangsung,haha.Alhamdulillah aku berjaya main tanpa gangguan kecederaan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Selepas pulang ke rumah dan membersihkan diri,aku berasa kakiku sangat sakit ketika ingin mengambil wudu' dan aku cuba tahan untuk segera menunaikan solat,ketika sedang solat kakiku berasa sangat sakit ketika ingin melakukan beberapa pergerakan,tapi aku cuba tahan hingga selesai solat.selepas selesai solat aku terus mencari minyak urut untuk disapukan di bahagian pelipat yg aku rasakan mengalami urat tegang.Hasilnya tetap sama sakit itu tidak berkurangan dan telah membataskan pergerakan aku.

Pada petang tadi pasukan MMFT ada perlawanan menentang pasukan MASSAK tetapi aku tidak berpeluang untuk bermain kerana aku masih lagi mengalami kecederaan dan rakan2ku tidak mahu kecederaan aku berlarutan.Perlawanan petang tadi berkesudahan dengan seri 2-2,gol dijaringkan oleh Nushi dan Sobri.Bilakah kecederaan aku nak hilang nie???

0 comments: