THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, November 6, 2012

pengalaman

Di saat kali pertama aku melihat wajahmu,aq rasa satu perasaan yang aneh timbul dihatiku,tapi aq fikir itu hanya mainan perasaan sahaja..lama-kelamaan ku mulai jatuh hati padamu.dan aku pon mulai bermain mesej denganmu....setelah ku rasa masanya sudah tiba,aku pon luahkan apa yang trpendam dlam hati ini pada dirinya,dan dya memberi respon bahawa dya memerlukan masa utk memikirkan jawapan kpd persoalanku itu....pelbagai persoalan yang bermain dimindaku nie.timbul rasa bahagia,timbul rasa gementar..setelah beberapa bulan berlalu,dya pon memberi jawapan kepada persoalanku itu....jawapan yang diberikannya telah menyebabkan hati kecil ini luka dengan parahnya...jawapan yang diharapkan meleret sama sekali..mengapa perlu mengambil masa yg lama utk memberi jawapan yg sudah lama berada di mindamu???dya memberi alasan takut dan tamaw aq kecik hati dengan jawapannya..masalahnya,dya telah melukakan hati yg mencintai dirinya..aku mencintaimu sepenuh hatimu tapi kau tolak cintaku...mengapa hatimu x trbuka utk menerima diriku???mungkin kerana aq x ckup sempurna utk dirimu...maafkan aq sepanjang perkenalan kita andainya ada trkasar bhsa,salah,silap dr segi perbuatan secara sengaja atau tidak sengaja..andai ada rezki,kita akan brjmpa lg d masa akan datang :(

Wednesday, April 25, 2012

luka lama

Disaat ku berusaha untuk melupakan dirinya yang kini sedang berbahagia bersama insan yg dicintainya,dya kembali hadir dalam ingatanku..adakah tidak cukup lagi selama ini kau buat hatiku ini terluka???mengapa kau samggup permainkan hati dan perasaanku??hadirmu kembali dalam ingatanku juga telah mengembalikan segala kenangan dan harapan yang pernah kau berikan pada diriku ini.jika diriku dpt mengetahui bahawa harapanmu itu hanyalah palsu semata-mata,aku akan berundur lebih awal agar ku tidak berasa sakit sebegini sehingga mampu menitiskan airmataku..hadirmu kembali dalam ingatanku juga menyebabakan luka di hatiku ini yg kian sembuh kembali berdarah..hadirmu jua menyebabkan pemikiranku menjadi x keruan,hadirmu jua menyebabkan segala aktivitiku menjadi serba x kena.akhir sekali,aq doakan ampa dua bahagia walaupun anx prnah mainkan perasaanku ini..

Sunday, April 22, 2012

injured

pada hari rabu yg lalu,MMFT telah menerima tawaran untuk bermain bola bersama team yg bole dikatakan agak veteran jgak laa.permainan itu bole dikatakan agak seimbang kerana pasukan veteran mempunyai ball control yg agak baikjika nak dbandingkan dgn MMFT.MMFT pula mempunyai kelebihan dari segi permainan dan tempo yg agak laju.perlawanan itu telah dimenangi oleh pasukan MMFT dengan 7 gol berbalas 2.gol2 MMFT telah dijaringkan oleh Zahid(3),Sir Afif(1), Fudhail(1),Nushi(1),Amin(1)..

Pada separuh masa kedua,lebih kurg tggal 20 minit masa permainan,aku telah diminta masuk untuk menggantikan seorang pemain yg keletihan,kerana prtukaran itu tidak dijangka,aku x dan nak warm up.Aku masuk main dan hanya berharap kakiku x kramp semasa perlawanan berlangsung,haha.Alhamdulillah aku berjaya main tanpa gangguan kecederaan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Selepas pulang ke rumah dan membersihkan diri,aku berasa kakiku sangat sakit ketika ingin mengambil wudu' dan aku cuba tahan untuk segera menunaikan solat,ketika sedang solat kakiku berasa sangat sakit ketika ingin melakukan beberapa pergerakan,tapi aku cuba tahan hingga selesai solat.selepas selesai solat aku terus mencari minyak urut untuk disapukan di bahagian pelipat yg aku rasakan mengalami urat tegang.Hasilnya tetap sama sakit itu tidak berkurangan dan telah membataskan pergerakan aku.

Pada petang tadi pasukan MMFT ada perlawanan menentang pasukan MASSAK tetapi aku tidak berpeluang untuk bermain kerana aku masih lagi mengalami kecederaan dan rakan2ku tidak mahu kecederaan aku berlarutan.Perlawanan petang tadi berkesudahan dengan seri 2-2,gol dijaringkan oleh Nushi dan Sobri.Bilakah kecederaan aku nak hilang nie???

Friday, April 20, 2012

perjalanan kisah hidupku

Kita bertemu pada waktu sekolah rendah ,waktu itu ku melihatmu sunguh ayu dengan memakai tudung walaupun pada ketika iti kita masih lagi muda untuk memikirkan semua tu.Ketika umur kita mencecah 12 tahun ku rasakan sesuatu pabila wajah kita bertemu dan ku rasakan perasaan mu juga sama seperti apa yg ku rasakan.Setiap kali wajah kita bertembung ku rasakan tenang dan bahagia.Dirimu juga murah dengan senyuman setiap kali wajah kita bertemu.Setiap saat ketika berada di rumah, aku sentiasa terbayang wajahmu yg ayu dan ku selalu berdoa agar kita ada jodoh pada masa hadapan.Selepas sahaja keputusan UPSR dikeluarkan,kita memperoleh kejayaan yg cemerlang.Apabila memasuki alam sekolah menengah,kita telah berpisah kerana keluargamu inginkanmu sambung pelajaran di negeri Perlis sedangkan diriku ini di Kedah walaupun teringin nak belajaq di sekolah di Perlis.Disebabkan menghormati pilihan keluarga yg tidak membenarkan diriku ini belajar jauh drpd rumah,aku menurut sahaja dan melanjutkan pelajaran sekolah menengah di MMAS.sedangkan dirimu di MATRI.Setelah setahun kita tidak bertemu,aku hampir dpt melupakan dirimu dan senyuman mu yg menawan itu,kerana senyuman mu itu hatiku rasa gelisah dan tidak tenteram.Kerana senyuman itu juga telah berjaya mencuri hatiku,tetapi mengapa engkau hanya mencuri hatiku sahaja??mengapa engaku tidak mencuri cintaku sekali??
Apabila kita bertemu di majlis reunion,senyuman di wajahmu tiada lagi buat diriku walaupun diriku memberi senyuman yg sukar terukir di bibirku ini.Aku rasa terkilan dan cuba memadam segala-segalanya mengenai dirimu drpd otakku walaupun pahit.Ketika umurku mencecah 16 thun,pada usia ini juga laa,aq ingin jinakkan diri dengan perbuatan kapel tp Allah masih menyanyangi diriku ini dan memelihara diriku ini drpd terjebak dlm perbuatan yg dilarang Allah itu.Tetapi apakan daya,diriku ini tertarik dengan seorang hamba Allah yg bergelar wanita dan merupakan pelajar maahad juga.Tetapi pada ketika diriku berasa takut utk berkenalan dengannya lebih lanjut dan hanya berani berkawan dengannya dlm fb sahaja.Ketika berada di tingkatan 5,aku memberanikan diri untuk menegur dya dan cubaanku berjaya,bermula dari situ ku membuna kekuatan untuk cuba mengenalinya dengan lebih rapat dan usaha itu berjaya sehingga aku dpt tahu bahawa dya sudah berpunya dan merupakan milik rakanku.Aku dapat tahu dya adalah miik rakanku ketika aku sudah berada di tingkatan 6.Untuk mengelakkan drpd sebarang kejadian yg tidak diingini,aku menarik diri dan hatiku hancur pada saat itu kerana dya telah memberikan banyak harapan pada diriku ini.baru ku tahu rupa-rupanya semua itu adalah palsu dan ku terpaksa terima sebagai pengajaran hidup.Kini diriku sedang berusaha untuk mencari pengganti agar dapat mengubati lukaku ini.Diriku sudah menjumpai pengganti tetapi adakah dirinya sanggup untuk terima diriku seadanya???

Monday, January 23, 2012

2012

 pada 16.1.2012 
       saya dengan rasminya telah menjadi pelajar tingkatan 6 Maktab Mahmud Alor Setar setelah selesai urusan pendaftaran.Pada hari itu saya telah pulang ke rumah lebih awal iaitu pada pukul 10 pagi dan keluar semula pada pukul 11 untuk pergi memancing bersama rakan-rakan saya di suatu tempat yang dikenali Jeragan.Saya berada di sana sehingga pukul 4.30 petang.Itulah kali pertama saya keluar memancung dengan rakan2 saya.

pada 17.1.2012
      Semua pelajar tingkatan dikehendaki berada dalam dewan untuk sesi orientasi dan penjelasan mengenai STAM oleh Ustaz Jamil dan mengenai disiplin oleh Ustaz Rahim.pada hari itu juga kami dimaklumkan oleh PK hem bahawa kami akan diberikan baucar sebanyak RM 200.Aku mula terfikir apa yg boleh dibeli menggunakan baucar itu kerana kebanyakan kedai yang mengambil bahagian tidak menyediakan buku-buku yang kami perlukan,kerajaan menyerabutkan pala otak aq

pada 18.1.2012-23.1.2012
        setelah selesai menyusun meja di dlam kelas dan telah menerima buku teks,aku telah pulang ke rumah lebih awal sedikit iaitu pada pukul 12.00 tengahari.pada 12.30 tenghari,aq diberitahu bahawa tok aku telah dimasukkan ke wad kerana demam panas.aq berasa amat takut jika sakit tok aq tidak diubati dengan segera akan mendatangkan maut.pada masa ini semua anak 2 tok aq yang berada di KL telah pulang untuk menjaga dan melihat keadaan tok aku.setelah dua hari tok aq berada di wad,akhirnya doktor menemui juga punca mengapa demam panas tok aq tidak turun2 juga walaupun telah diberi ubat demam.Menurut doktor yang merawat tok aq,tok aq telah dijangkiti sejenis kuman yang amat kuat dan berbahaya iaitu ekulai,sejenis kuman yang berada dalam sayur-sayuran.menurut doktor itu juga pesakit yang selalu dijangkiti kuman itu mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari untuk sembuh dan membunuh semua kuman itu.tetapi suatu keajaiban telah berlaku kepada tok aq kerana slps 3 hari diberi ubat,kesihatan tok aq bertambah baik dan 98% kuman itu telah mati dan hilang daripada tubuh badan tok aq.Doktor memberitahu tok aq bahawa beliau ingin memasukkan lagi ubat ke dalam tubuh badan tok aq agar semua kuman itu boleh dihapuskan dan penyakit ini x akan berulang lagi dan meminta tok aq untuk pulang ke rumah pada keesokkan harinya.Alhamdulillah keaddan tok aq kini semakin pulih